Monday, November 30, 2009

Trip to Lumut...hihi

Ni trip to Lumut with my family and my aunt's family...
me, my bro and sis, my parents, cik tun, abg aril, and jajid...haha
cadangnya nk pergi makan ikan bakar tp bile sampai smua dah abis...
my mum kate harga makanan laut smua cekik darah...
maklumlah time cuti minggu...
udang pown sampai RM70 sekilo....
isk isk isk...
x pe lah simpan je hajat tu lain kali...

lepas tuh kami smua terus pergi lepak kat jeti...
saje nk ambil angin malam...
haha



Thursday, November 19, 2009

Wonderful bio trip 09....

dah lame x tulis ape2...
hidup sentiasa bz...
ade je mase tapi rase cam malas nk tulis...hihi

kali ni nk tulis smthing about my bio trip ke tanjung bidara, Melaka...
all the A-level students have to do a bio research...i mean an ecological study
so here it is...

bertolak pagi dlm kul 8 am...we waited for the bus driver....huhu
berhenti di r&R...makan2 minum2 and tangkap2 gambar...haha...kerja biasa
sampai di tanjung bidara around 11...
huh...habis sunburn muka..pinkish...
abis buat kerja around 2...

macam2 terjadi...selipar smua putus, berjalan kaki ayam sampai ke resort...
ade plk incident dua gadis terhayut ke tgh lautan...haha...pip and qis
nk tergelak sampai pecah perut...
ngan che ain sibuk menjerit mintak tlg tp yg lain smua buat x tau je...haha
ade yg x percaya lagi tuh...
biasalah ...larry asri fauzi and kalai yg tolong...hak3

malangnya plk bile sampai jer resort, terpaksa check out terus...huhu
nk mandi huhu...terpaksa kitorang terus terjun dalam kolam...dah x sempat...
tu la 'bersiap' paling express yang pernah dilakukan...haha

makan kt situ ok tp malangnya smthing yg kami terjumpa yang membuatkan xde selera terus...sob3
hmm malas la nk cite, xde selera terus...huhu

lps tuh balik blk ke seksyen 18...dlm kul 6 sampai la kami sihat sejahtera...haha



Saturday, October 17, 2009

Photos For Memory...


Just some random photos i took..
for memory..hihi

birthday zatil with my former classmates...
at thai steamboat plaza alm sentral..


Eating at KFC...
The Last Supper....




Celebrating my housemates b-day...Mek
at pakli...




haha
eating at chicken rice shop with my roomate...fay
releasing all the stress after IELTS..hihi





now that i noticed...
all my pictures this time consist of me and my friends eating...

hmm, apa maksudnya?.....haha

Sunday, September 13, 2009

Random Photos....


haha i thought i already posted this entry...
but it only saved in the draft..
i already forgot about it..
but nevermind... as it had been ages since i wrote anything in this blog
random photos with my housemates....eating tomyam..haha


during photoshoots for class...
haha (gambar ni dah lame)
suddenly we got 'model x berbayar' in the class...hihi




time shopping with my housemates, pakcik and popo..




and last but not least , i came across this shop...haha
THE ETUDE HOUSE.....
nothing to describe....soooooooo pinkish
(mmg dah lame nk masuk kedai ni tp x jumpe...
akhirnya...haha)




Buka Puasa Di Pizza Hut....

Kami berpakat utk berbuka puasa sekali di pizza hut di sacc...
haha..best best best...
bertolak naik bas mini and sampai sane lbh kurang pkl 6....
mcm2 perkara terjadi...
asri and fauzi tersesat ke klang...
larry terkejar-kejar dr kota kemuning ...dan lain2 lagi la
yg dtg me, pipah, akmal, hazirah, bai, eva, kalai, ming, mahen, raz, fauzi, asri and larry
kebetulan ari tuh ade beli kak American Chocolate so celebrate bday mahen and raz skali...haha
Sekali-sekala best jgk hangout and relaxing with my classmates..huhu
So let the pictures speak for themselves...




So for the muslim kitorang berpakat nk solat terawih di Masjid Negeri...
mmg havoc and kelam kabut...
kaki ni mcm nk tercabut je..haha..berlari ke masjid...
nasib baik sempat..haha

lps tuh ade la tangkap2 gmbar sikit on the way nk blk...
kami ke sacc jap sbb bainun "terhilangkan" kunci die...
lps tuh naik rapid blk ke kolej cemara akasia...
sblm blk tuh kami ke bistro jap untuk menghilangkan dahaga...
asri and fauzi dgn ice-blended nye...huhu
mmg penat ari tuh...tp best ....haha
AND BTW...
thank u raz and larry sbb belanja donut...
hmmm delicious...
lain kali belanja la lagi..hihihi





Monday, August 24, 2009

Birthday Wishes....

dah lame x tulis post psl birthday..
so here they are..


Happy Birthday To All Of You....



Wanie ...
27 August
(bertudung pink)



My Beloved Cuzzy...
Kak Mirna...
Happy birthday to you...
27 August




Syidah...
22 August
kak syidah dah tua dah ..huhu




Rakanku yg kuat perasan....
Cik Zaharah...
14 August...
pic:Gambar Zaharah dgn kek tauhunye..kih kih kih




Classmateku...Razeen (middle)
13 August..
p.s...
Kenapa x bg tau?
huhu

Sunday, August 23, 2009

Fadhilat Di Bulan Ramadhan..

Sengaja mengambil kesempatan disini untuk menulis sesuatu tentang berpuasa di bukan Ramadhan...
Semoga dapat dijadikan pengajaran buat diriku dan juga saudara seIslam ku yg lain..Amin

Credit to:
alhaudhie@forum.halaqah.net

KELEBIHAN BULAN RAMADAN

Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan RasulNya, ia juga menjadi penghulu segala bulan.

Di antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan itu Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah menurunkan kitab suciNya (Al-Qur’an) yang menjadi petunjuk bagi manusia. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Tafsirnya: “(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Qur’an, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.”

(Surah Al-Baqarah: 185)

Dipilih di antara malam-malam bulan Ramadhan itu suatu malam Lailatul-qadr yang mana ia lebih baik dan lebih utama daripada seribu bulan. Seribu bulan itu kira-kira 83 tahun. Menurut ulama’ Lailatul-qadr itu jatuh pada salah satu malam sepuluh yang terakhir daripada bulan Ramadhan. Sayugia jangan disia-siakan malam-malam di bulan Ramadhan khasnya malam-malam pelikurannya dengan perkara-perkara yang tidak memberi faedah, bahkan hendaklah diisi dengan amal ibadat sebagai saham dan bekalan di dunia dan akhirat.

Lain-lain keistimewaan bulan Ramadhan itu sebagaimana sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: “Sembahyang lima waktu, dan sembahyang Jumaat ke sembahyang Jumaat berikutnya, dan bulan Ramadhan ke bulan Ramadhan berikutnya adalah menjadi penebus dosa yang terjadi di antara waktu-waktu tadi, selama orang itu menjauhi dosa-dosa besar.”

(Hadis riwayat Muslim)

Sabda Baginda lagi:

Maksudnya: “Dia (bulan Ramadhan itu) ialah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran itu ialah masuk syurga.”

(Shahih Ibnu Khuzaimah)

Sementara kesabaran itu pula ganjaran pahala tanpa perhitungan. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Tafsirnya: “Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.”

(Surah Az-Zumar: 10)

KELEBIHAN PUASA DI BULAN RAMADAN

Apabila membincangkan mengenai bulan Ramadhan, dengan sendirinya ia mempunyai hubungan dengan kewajipan puasa yang disyariatkan di dalamnya. Suatu kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan. Meninggalkan atau sengaja tidak menunaikan kewajipan puasa, bukan saja suatu dosa besar bahkan ia tidak boleh ditebus dengan apa jua cara. Tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidup. Ini jelas sebagaimana sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: “Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat melunaskan (mengganti) puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup.”

(Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)

Adapun kewajipan puasa ini bukan hanya sekadar menahan diri daripada makan dan minum atau perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai dari terbit fajar shadiq hingga terbenam matahari, bahkan hendaklah juga menahan anggota badan daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membawa dosa, kerana dosa itu boleh melupuskan matlamat puasa. Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam telah memberi peringatan dalam hal ini sebagaimana sabda Baginda:

Maksudnya: “Berapa banyak orang yang berpuasa tidak mendapat sesuatu daripada puasanya selain lapar dan dahaga.”

(Ditakhrijkan oleh Ibnu Majah)

di link ini juga..
disertakan sekali cara2 untuk mencapai kesempurnaan ibadah puasa..
Ibadah puasa itu bukan hanya semata-mata untuk menahan diri dr lapar dan dahaga...
Ibadah ini juga boleh dijadikan sebagai cermin bg diri kita sendiri dan muhasabah diri dlm melaksanakan ibadah ini....

Disini ingin saya cungkilkan sedikit mengenai adab berbuka puasa....
Berbukalah dlm kesederhanaan supaya kesan berpuasa itu dpt dilihat..

Sabdanya: Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya. (Riwayat Ahmad dan at-Tarmizi)

Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: “Sekiranya perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang.”

Oleh itu berbukalah secara sederhana...
Semoga post ini dpt dijadikan panduan bg saya dan juga yg lain...